1. Taman Botanikal Melaka Merupakan sebuah taman rekreasi yang popular di kalangan orang setempat untuk beriadah seperti jogging. Selain iti hutan rekreasi ini juga mempunyai trail untuk jungle trekking.Trailnya tidak terlalu mencabar seperti menaiki bukit dan sesuai sekiranya anda sekeluarga ingin merasai suasana masuk hutan berlagukan kicauan unggas dan burung hutan. 2. Taman Tasik Ayer Keroh Destinasi taman rekreasi bertasik ini memang sangat popular di kalangan warga setempat untuk melakukan aktiviti riadah luar seperti jogging, sukan air seperti berkayak, paddling boat dan zorb ball(berlari atas air dalam bola) dan juga aktiviti lasak lain seperti wall climbing, flying fox dan sebagainya.Satu tempat menarik di Melaka yang sesuai untuk santai-santai petang ataupun berkelah di tepi tasik sambil melihat anak-anak bermain di taman permainan di sini.Destinasi ini juga berdekatan dengan zoo dan taman buaya serta mempunyai beberapa tempat makan menarik sep...
Negeri Melaka ( Tulisan Jawi : ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah ). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC) , Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau. Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka
Homestay Kuala Sg. Baru (Rumah Limas Melaka) HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU (SEAFRONT) PADA WAKTU MALAM. Sebuah penginapan rumah tradisional Melaka (rumah limas) dalam persekitaran kampung berlamankan pantai landai yang berpasir di Laut Selat Melaka. Boleh memuatkan lebih kurang 26 orang dalam 2 bilik dan 1 ruang di dalam rumah serta 1 bilik tambahan di sebelah rumah. Selain daripada itu, boleh juga menggunakan balai (pangkin), wakaf dan khemah untuk penginapan tambahan. Terdapat 3 jenis kediaman disediakan: Seafront, Limas dan Homestay Uncle Man (bilik kecil). Pelbagai kemudahan disediakan dan pelbagai aktiviti dapat diadakan oleh tetamu homestay saperti berdayung sampan, berbasikal di sekeliling kampung, memasang jaring untuk menangkap ikan atau ketam di tepi pantai, mencari remis dan kepah, mandi-manda dan memancing, permainan tarik tali, permainan congkak, dam kampung, carrom , mandi perigi, Wi-Fi, pit barbeku dan bermacam-macam lagi. Juga disediakan peralatan BBQ...
Comments
Post a Comment