Aktiviti - Aktiviti Menarik di Melaka


1. Taman Botanikal Melaka



Merupakan sebuah taman rekreasi yang popular di kalangan orang setempat untuk beriadah seperti jogging. Selain iti hutan rekreasi ini juga mempunyai trail untuk jungle trekking.Trailnya tidak terlalu mencabar seperti menaiki bukit dan sesuai sekiranya anda sekeluarga ingin merasai suasana masuk hutan berlagukan kicauan unggas dan burung hutan.



2. Taman Tasik Ayer Keroh


Destinasi taman rekreasi bertasik ini memang sangat popular di kalangan warga setempat untuk melakukan aktiviti riadah luar seperti jogging, sukan air seperti berkayak, paddling boat dan zorb ball(berlari atas air dalam bola) dan juga aktiviti lasak lain seperti wall climbing, flying fox dan sebagainya.Satu tempat menarik di Melaka yang sesuai untuk santai-santai petang ataupun berkelah di tepi tasik sambil melihat anak-anak bermain di taman permainan di sini.Destinasi ini juga berdekatan dengan zoo dan taman buaya serta mempunyai beberapa tempat makan menarik seperti Restoran Terapung Tasik Ayer Keroh.



3.Hutan Rekreasi Sungai Udang



Bagi mereka yang inginkan aktiviti outdoor di hutan seperti berkhemah, jungle trekking dan melihat flora fauna, salah satu tempat yang popular di Melaka yang boleh anda kunjungi ialah di Hutan Rekreasi Sungai Udang yang terletak di dalam Hutan Simpang Sungai Udang.

Kebiasaannya destinasi ini lebih popular di kalangan pengunjung untuk beriadah melakukan senaman dan jogging kerana di sini terdapat trek jalan kaki yang agak mencabar dan curam.


Sumber: https://www.caridestinasi.com/senarai-tempat-menarik-di-melaka/

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Sedap di Melaka

Tempat Penginapan di Melaka