Tempat Menarik di Melaka

1.Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam Tempat Menarik di Melaka
Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium.
Selepas membeli tiket masuk, anda akan diberikan akses untuk meneroka bahagian dalam kapal selam. Sepertimana yang biasanya ditayangkan di wayang gambar, bahagian dalaman kapal selam adalah agak sempit. Anda boleh melayari laman web Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk maklumat lanjut.
Waktu operasi:
Hari biasa: 9:00 pagi – 5:30 petang
Hujung minggu: 9:00 pagi – 6:30 petang
Kos:
Dewasa: RM 3.00
Kanak-kanak: RM1.00

2.The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower Tempat Menarik di Melaka
The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini juga terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera (tempat best, harga pun “best” juga la ya) sambil menikmati pemandangan yang memukau ini.
Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian. Saya admit cuak sikit la bila berdiri kat situ. Anda bebas mengambil selfiewefietheyfie dan apa-apa yang seangkatan dengannya ketika berada di sini. Tetapi, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan kamera sendiri ketika berada di platform kaca tadi, kerana sudah ada kamera yang disediakan. Nak tangkap tu free, cuma bila nak print yang kena bayar. Apa-apa pun, ia adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dikunjungi waktu malam.
Sila layari laman web rasmi The Shore Sky Tower untuk maklumat terkini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi ke 10:00 malam
Kos:
Dewasa: RM25 sekali masuk
Kanak-kanak: RM18 sekali masuk

3.Rumah Terbalik

Rumah Terbalik Melaka Upside Down House, Tempat Menarik di Melaka
Jom merasa jadi Spiderman yop! Upside Down House ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah. Benda yang sepatutnya ada kat lantai, dilekatkannya di siling, dan begitulah sebaliknya. Oh ya, staf di sini juga sangat peramah dan tak kisah untuk tolong ambil gambar.
Waktu Operasi: 10:00 pagi ke 7:00 malam
Kos:
Warganegara (tapi jangan lupa bawak MyKad):
Dewasa: RM15
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM10
Bukan Warganegara:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM16

4.Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu Tempat Menarik di Melaka
Masjid Kampung Hulu adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka kerana ia masjid tertua di Malaysia. Masjid yang dibina dalam lingkungan tahun 1720 ke 1728 ini telah dibaikpulih untuk memulihara senibinanya yang asal. Kepada mereka yang mahir tentang architecture, anda boleh perhatikan senibina masjid ini yang unik, kerana bak kata brader-brader urban, ada “mash-up” di antara elemen Sumatera, Cina, Hindu & juga Melayu Melaka.
Sambil berjalan-jalan, bolehlah singgah solat, kan?

5.Kota A Famosa

Kota A'Famosa Tempat Menarik di Melaka
Kota A Famosa adalah sebuat kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Afonso de Albuquerque tiba di negeri Melaka bersama-sama angkatannya. Kota A Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri.
Di samping mempelajari tentang sejarah negeri Melaka, kota A Famosa adalah lokasi yang paling simbolik bagi negeri Melaka. Tak sah kalau tak bergambar di sini apabila datang ke Melaka tau!
Lokasi: Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan & Hotel Equitorial)

Comments

  1. How do you get free coins and free slots without downloading
    The good thing 상주 출장안마 about 여주 출장샵 the free coins & no 진주 출장안마 deposit bonuses is the fact that if you 남양주 출장샵 get 군산 출장안마 any free coins and free slots, you will be automatically

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aktiviti - Aktiviti Menarik di Melaka

Makanan Sedap di Melaka

Tempat Penginapan di Melaka